Saturday 31 October 2015

Gadget Saya



Gadget saya ialah Samsung Galaxy Grand Prime. Samsung Galaxy Grand Prime adalah produk yang dikeluarkan oleh Samsung dengan generasi Samsung Galaxy Grand. Harga telefon ini sebanyak  RM 650 apabila saya beli di pasaran. Warna telefon saya ialah putih manakala terdapat beberapa warna iaitu silver dan hitam. Produk terbaru Samsung memiliki banyak variasi dan spesifikasi yang mendukung setiap gadget yang sudah dikeluarkannya. 

Samsung Galaxy Grand Prime yang memiliki kelebihan SIM Card dengan Dual SIM GSM, jadi memudahkan anda bila ingin memiliki dua kad yang berbeza provider GSM. Jaringan Samsung Galaxy Grand Prime mendukung 2G dan 3G serta data GPRS, EDGE dan HSDPA, dari kedua jaringan ini biasa dihubungkan telefon canggih dengan internet, dan sangat mudah untuk mendapatkan informasi yang lebih ringkas dan mudah dengan menggunakan telefon canggih ini.

Memori internal dan eksternal yang memberikan kelebihan tersendiri dari Samsung Galaxy Grand Prime, kapasitas memori internal mendukung 8GB dan eksternal dengan kapasitas yang dibatasi 64GB. Kedua memori ini memberikan penyimpanan yang lumayan luas untuk aplikasi dan data yang anda miliki. Tapi yang disayangkan dari smartphone ini hanya mendukung Random Access memory yang biasa disebut RAM hanya berkapasitas 1GB. Sistem smartphone yang berhubung dengan Android memang membutuhkan memori internal mahupun eksternal yang tinggi, kerana setiap aplikasi yang sudah berpasang dalam telefon ini maka data dari aplikasi tersebut menyimpan pada memori eksternal. Tetapi lebih banyak memori internal yang berkurang kerana semua aplikasi menuju memori internal. Telefon canggih Samsung Galaxy Grand Prime bersokong dengan Android v4.4.2 KitKat yang merupakan sistem operasi keluaran terbaru pada tahun 2014.

Spesifikasi Samsung Galaxy Grand Prime lebih menonjol dengan kamera utama atau belakang beresolusi 8MP yang memiliki ukuran 3264 x 2448 pixels, dari resolusi yang lebih besar maka telefon ini menghasilkan foto yang lebih berkualiti yang baik. Telefon canggih ini juga terdapat ciri-ciri yang mendukung kamera utama iaitu autofocus, LED flash, Geo-tagging, touch focus, tidak hanya untuk foto tetapi juga biasa digunakan untuk video 1080p@30fps. Kelebihan Samsung Galaxy Grand Prime juga terdapat pada kamera depan yang beresolusi 5MP, kamera depan baisa anda gunakan komunikasi Video call serta foto selfie yang banyak orang menginginkan kamera depan dengan resolusi besar.

Di samping kelebihan yang maksimum, prosesor yang dimiliki Samsung Galaxy Grand Prime mendukung Quad-core berkecepatan 1.2 GHz Cortex-A53. Prosesor ini memberikan proses kecepatan yang lebih cepat untuk aplikasi sedang berjalan. Telefon canggih ini juga memiliki kelebihan dalam penambah daya iaitu Li-Ion memiliki kapasitas 2600 mAh, dari kapasitas tersebut telefon canggih biasa dengan waktu bicara (2G) / kurang lebih 17 h (3G), dan pemutar musik kurang lebih 75 h. Kelebihan dari penambah daya yang biasa anda pastikan telefon ini biasa tahan kurang lebih 1 hari bila digunakan terus.

Telefon canggih ini disayangkan hanya mendukung type layar TFT capacitive touchscreen, 16M colors, untuk type ini lebih rendah di banding IPS. Ukuran layar juga pengaruh terhadap telefon canggih, Samsung Galaxy Grand Prime yang memiliki ukuran layar 540 x 960 pixels, beresolusi 5.0 inches tapi untuk kepadatan yang rendah iaitu ~220 ppi pixel density. Kelemahan ini menunjukkan hasil foto dan tampilan yang kurang tajam serta kualiti yang sedikit buruk. Berat telephone canggih 156 g lebih berat dibanding dengan smartphone lain yang memiliki resolusi sama.

Dalam telefon canggih saya, terdapat banyak aplikasi yang saya disimpan seperti  “Messenger”, “Whatsapp”, “Wechat”, “Gmail”, “Google”, “Youtube”, “Facebook”, “Polaris office”, “ Pic Collage”, “Play Store”, dan “Chrome”. Saya menggunakan aplikasi-aplikasi iaitu  “Messenger”, “Whatsapp”, “Wechat”,  ”, “Facebook” dengan bertujuan hiburan. Melalu aplikasi-aplikasi ini, saya dapat berkenalan dengan orang ramai manakala senang berhubung antara satu sama lain kerana menjimatkan kos dan masa. Selain itu, “Gmail”, “Google”, dan “Chrome” adalah aplikasi-aplikasi untuk mendapatkan informasi sesuatu  bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan. Saya sering menggunakan telefon  saya bertujuan untuk akademik seperti muat turun nota yang diberikan oleh pensyarah dalam internet dengan menggunakan “Polaris office” dalam bentuk  Microsoft Word, Excel dan Powerpoint. Seterunya, mesej, panggilan, kalkulator, kalender, memo, jam, dan radio yang sering saya digunakan dalam aktiviti harian. Gadget saya membantu  kehidupan saya untuk memudahkan kerja harian saya. Ini menyebabkan kos, masa dan tenaga saya dapat dijimatkan.

Pengalaman Belajar di Universiti



Setiap orang pasti mempunyai keinginan untuk mengenggam segulung ijazah di universiti. Mereka ingin merasai pengalaman belajar di universiti.Universiti merupakan tempat di mana seseorang itu mengecapi kejayaan sama ada dalam bidang akademik mahupun sukan. Inilah yang berlaku kepada diri saya di mana saya menerima surat tawaran rasmi untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi di Universiti Utara Malaysia.

          1 september 2014  merupakan hari pertama saya berada di kampus Universiti Utara Malaysia.Perasaan gementar mula menguasai diri saya kerana ramai orang termasuk ibu bapa dan penuntut-penuntut baru berkumpul di laman universiti.Selepas mendaftar,saya terus ke bilik saya bersama ibu bapa saya untuk mengemas bilik dan menyusun barang. Pada hari tersebutlah saya dapat berkenalan dengan rakan sebilik saya.Tuah nampaknya memihak diri saya apabila rakan sebilik saya juga mengambil jurusan yang sama seperti saya. 

            Selepas itu,semua penuntut baru termasuk saya diberi taklimat dan peraturan yang perlu diikuti oleh pengetua dpp.Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah semasa hari kuliah. Semua penuntut haruslah memakai pakaian formal.Tujuan peraturan ini ditetapkan ialah untuk melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berfikiran positif. Selepas diberi taklimat,penuntut baru dibawa mengelilingi kampus universiti.Satu perkara yang membuat saya mengagum tentang universiti ini ialah  kehijau-hijauan tumbuhannya. Selain itu, banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti. 

               Akhirnya,tibalah masa untuk berpisah dengan keluarga saya.Saya berasa sangat sedih dan bermula menangsi semasa ibu bapa saya meninggalkan saya seorang di bilik.Tetapi,ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk belajar dan berjanji kepada mereka bahawa saya pasti akan mengenggam segulung ijazah. Selepas itu, minggu suai kenal menjalankan selama seminggu pada  1 september hingga 6 september 2013 untuk semua pelajar-pelajar baru semester pertama sesi 2013/2014. Program orientasi yang dikendalikan oleh UUM  lebih kepada pengetahuan , dan pengurusan yang utama. Pelbagai ceramah dan taklimat oleh yang dipertua naib canselor UUM dan pensyarah-pensyarah kakitangan universiti mengambil posisi yang sama untuk menyempurnakan minggu suaikenal ini. Ditambah dengan kehadiran menteri belia dan sukan Malaysia bagi program kepimpinan pelajar. Aku lebih berada di luar dan lebih untuk berhadapan dengan cabaran luar. Banyak input-input yang berguna dan berfaedah dapat dikongsi dan dipraktikan setelah selesai semua sesi pengenalan keseluruhan berkaitan Universiti Utara Malaysia.

Selepas minggu suai kenal, saya dapat berkenalan dengan  kawan –kawan yang tinggal bersama di dewan penginapan saya. Hubungan kami yang terbina terlalu mudah  terjalin di sini kerana kami dari pelbagai bangsa dan agama ditambah kebanyakan kami sebaya. Acapkali bertemu sahabat baru, kami berkongsi pengalaman dan sentiasa bercerita mengenai susah senang keadaan baru disini. Kelihatan wajah ceria yang selalu terpancar. Perasaan berkobar-kobar untuk terus menuntut ilmu mengundang keazaman yang kuat dan  bakal terbina walaupun dalam keadaan yang letih.

Minggu pertama masih dibelenggu kuliah-kuliah yang tergendala kerana kami sibuk  menambah gugur subjek untuk semester satu ini. Dalam masa yang terluang itu, saya dengan rakan yang lain mengambil kesempatan untuk menghadiri beberapa bengkel diadakan seperti opec di perpustakaan. Bengkel ini adalah pengenalan berkenaan dengan penggunaan dan alatan yang disediakan. Cara-cara meminjam buku, memulang, mencari melalui media opec. Pengurusan di sini tidaklah sukar dan rumit. Petanda-petanda serta pertanyaan boleh diperoleh dengan mudah. Kebanyakan maklumat kami sedaya untuk menemui sendiri dengan pelbagai cara. Bertemu pensyarah dan mencari dewan kuliah adalah perkara rutin pada minggu pertama. Keadaan dan suasana yang agak luas terbentang dengan panorama bumi hijau dan tumbuhan sekeliling menyamankan persekitaran. Pohon-pohon, dedauan,kehijauan yang dikelilingi hutan menambah sunyi panorama alam.   

Setelah hampir tiga minggu disini tugasan dan aktiviti kian melanda setiap pelajar. Kesibukan dalam tugasan kumpulan dan tugasan individu sedikit demi sedikit dapat dilunaskan mengikut kadar yang sistematik walaupun awalnya banyak tangguhan dan kekeliruan. Segala masalah dan kebuntuan dapat diatasi bersama-sama dengan adanya perpustakaan, internet sedia ada serta perbincangan secara berkelompok. Sedikit sebanyak tugasan tidaklah jadi begitu beban dan terusan tertangguh.

Seterusnya, dua semester sudah dilalui. Banyak pengalaman dapat dicari melalui hubungan persahabatan, program-program yang telah dilibat dan posisi yang pegang dalam beberapa program seperti aktiviti, publisiti, setiausaha, bendahari dan sebagainya walaupun  pelbagai cabaran yang dihadapi. Kadang kala, saya hampir putus asa dalam akademik, program-program dan sebagainya tetapi  kasih sayang ibu bapa dan keakraban persahabatan saya masih menemani untuk melalui perjalanan universiti ini. Pada semester kedua saya dapat mengambil keputusan yang baik. Ini menyebabkan saya ingin meneruskan kejayaan seperti ini dalam akademik saya sehingga mengambil segulung ijazah. Inilah impian ibu bapa saya dan saya perlu mengambil langkah untuk dicapai.

Akhirnya, dalam kesamaran yang mengundang tiap detik hari-hari yang terus berlalu, keseronokan kian terasa bersama teman-teman tercinta tatkala sibuk mengurus hal pelajaran dan tugasan masing-masing. Hubungan dan  keakraban kami yang kerap dalam kesibukan tidak membataskan kami untuk terus kekal berdamping dan sentiasa bersama dalam susah dan senang. Aku bangga mempunyai rakan-rakan baru seperti mereka.

Pemerhatian - Bunga Mawar










Mawar yang dikenali dengan nama bunga rose atau ratu bunga berasal dari dataran Cina, Timur Tengah, dan Eropa Timur.  Mawar merupakan salah satu jenis tanaman hias yang disukai wanita  dan populer di dalam kalangan masyarakat kerana bunga mawar merupakan bunga yang unik. Keunikan bunga mawar dapat dilihat dari struktur bunganya, variasi warna bunga yang indah, dan variasi warna yang melambangkan perasaan.

Bunga mawar memiliki struktur tumbuhan yang unik. Tanaman bunga mawar merupakan kelompok tumbuhan berbiji dengan pohon yang batangnya berkayu. Tumbuhan ini mempunyai akar tunggang. Batang dan akar mempunyai lapisan jaringan sehingga dapat memperbesar. Mawar merupakan tumbuhan dengan batang yang berduri tajam dan kulit batang halus licin. Mawar berkembang biak dengan cara stek. Pada umumnya mawar memilki duri berbentuk seperti pengait. Selain itu, bentuk dasar daun membulat dengan variasi cuping menjari atau elips dan memanjang. Bentuk bunga mawar ada yang tunggal dan ada yang tertata dalam bentuk payung dengan perhiasan bunga setiap lingkarnya sebanyak 4-5 buah. Mahkota bunga terdiri dari lima helai daun mahkota. Ovari terletak di bahagian bawah daun mahkota dan daun kelopak. Benang sari dan putik bunga mawar tersusun pada dasar bunga yang berbentuk guci dan apabila sudah matang akan menjadi semacam buah buni/hip yang di dalamnya berisi biji. Tinggi tanaman ini bervariasi, mulai dari beberapa centimeter hingga beberapa meter.

Keunikan lain dari bunga mawar adalah variasi warnanya. Beberapa warna bunga mawar memiliki daya tarik tersendiri. Variasi warna bunga mawar iaitu merah, jingga, merah muda, merah hati, kuning, putih, ungu, biru, hijau, merah putih, hitam, merah kuning, dan kuning jingga.Keunikan yang seterusnya dari bunga mawar iaitu banyak digunakan untuk mengungkapkan perasaan pada seseorang. Oleh kerana itu, variasi warna bunga mawar memiliki makna yang berbeza-beza. Mawar merah melambangkan cinta kasih, kecantikan, dan romantik.  Mawar jingga melambangkan keinginan antusiasme, gelora cinta, kekaguman yang luar biasa, dan rasa haus akan cinta. Mawar kuning pula melambangkan awal baru kegembiraan, ucapan selamat datang, dan kenangan indah yang tidak terlupakan. Selain itu, lambang kebahagiaan, kekaguman, dan kelembutan disimbolkan dengan mawar merah muda sedangkan cinta sejati, cinta yang murni atau suci, dan kemurnian hati merupakan lambang dari mawar berwarna putih. Manakala, mawar ungu melambangkan keunikan, cinta pada pandangan pertama, dan perlindungan cinta ayah atau ibu. Selanjutnya, mawar hijau melambangkan ketenangan, sedangkan mawar hitam melambangkan kematian dan perpisahan. Selain warna itu, mawar yang berwarna merah hati melambangkan kecantikan. Mawar merah putih melambangkan penyatuan dan rasa semangat dilambangkan dengan mawar kuning jingga.

Bunga Mawar memiliki banyak maanfat iaitu menegah penyakit jantung, dapat menghilangkan jerawat,dan merawat kesihatan rambut, kulit dan mata. Dalam dunia kesihatan, bunga mawar dijadikan sebagai ubat yang dapat mencegah penyakit jantung. Ramai orang percaya bahawa bunga mawar mengandung beberapa zat yang baik untuk kesihatan tubuh salah satunya adalah dapat mencegah penyakit jantung. Keduanya, dapat menghilangkan jerawat. Air dari bunga mawar merupakan bahan pembersih yang mengandungi kaya dalam antioksidan dan mampu untuk membunuh bakteri penyebab jerawat. Biasanya salon menggunakan bunga mawar sebagai bahan rawatan. Jika anda ingin mencubanya di rumah cukup dengan cuci wajah anda dengan air hangat yang sudah dicampur dengan bunga mawar. 

Ketiganya ialah merawat kesihatan kulit. Bunga mawar dapat menjaga keseimbangan pH alami kulit dengan cara mencampurnya dengan air. Air dari bunga mawar ini dapat menyeimbangkan produksi kelenjar sebum pada kulit. Hal ini dapat digunakan baik untuk kulit anda yang berminyak mahupun untuk kulit kering. Selain itu air dari bunga mawar ini juga mampu untuk melawan berbagai penyakit kulit serta kusam. Air mawar juga baik untuk menjaga kesihatan rambut, kerana dilengkapi dengan penyejuk yang dapat melembapkan kulit kepala. Cukup dengan menuangkan mawar bersama dengan syampu sehingga menciptakan aroma khas harum. Seterusnya, dapat menjaga kesihatan mata. Mata lelah dan lingkaran gelap yang sering terlihat pada bawah mata dapat diatasi dengan menggunakan air mawar. Air dari bunga mawar ternyata juga dapat digunakan untuk mengatasi mata merah dan lingkaran gelap pada bawah mata. Caranya cukup mudah dengan menitiskan 2-3 titis pada mata, lalu pejamkan mata selama beberapa minit untuk membersihkan mata. Lakukan dengan rutin untuk menghindari infeksi pada mata.Kesimpulannya, bunga mawar mempunyai banyak khasiat positif bagi tubuh. beberapa titis air.

BIODATA SAYA



 Nama saya ialah Komalaa Tamil Silven. Saya berusia 21 tahun. Saya dilahirkan pada dua puluh dua November  tahun 1994 di sebuah hospital kerajaan yang terletak di bandar Kajang. Saya mempunyai empat orang adik beradik dan merupakan anak sulung dalam keluarga. Saya telah memulakan alam persekolahan saya di Sekolah Jenis Kebangaaan (Tamil) Ladang Rinching  dan telah mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan disusuli dengan keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain. Seterusnya, saya menyambung pelajaran Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang pada tahun 2012 hingga 2013.

Kini saya ditawarkan ke Universiti Utara Malaysia. Saya ditawarkan ijazah dalam bidang komunikasi selama empat tahun. Apa yang saya cita-citakan telah dimakbulkan. Saya juga bercita-cita untuk menjadi seorang wartawan yang lebih professional dan bertauliah . Saya berminat menjadi wartawan kerana ia menawarkan peluang pekerjaan yang luas, boleh mencari pengalaman dan memberi pendapatan yang tinggi. Saya akan berusaha belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dan akan menyambung ke peringkat doktor falsafah. Saya juga berhasrat untuk bekerja di bawah ASTRO, kerana ramai kenalan mengatakan bekerja dibawah ASTRO sangat terjamin dengan pendapatan yang tinggi serta diberikan kemudahan yang baik bagi menjaga kebajikan pekerjanya. Saya juga akan sentiasa mencari peluang untuk untuk bekerja di luar Negara seperti Amerika, Australia dan sebagainya supaya dapat mempelajari dan menambah ilmu berkaitan kewartawanan . Dalam tempoh saya bekerja , saya akan sedaya upaya mencari pengalaman.

Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana hidup saya lengkap dengan kehadiran insan yang bergelar ayah,ibu,abang, dan adik-adik yang membentuk keluarga saya. Ayah dan ibu merupakan merupakan individu yang paling saya sayangi dan hormati dalam hidup saya. Walaupun kadang kala saya gagal menurut perintah mereka dan melakukan kesilapan,mereka tetap menyayangi saya dan menasihati saya serta sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk saya. Saya juga mempunyai tiga adik lelaki dan seorang adik perempuan. Adik-adik saya masing-masing berusia dua puluh tahun, tujuh belas tahun dan lima belas tahun serta adik perempuan berusia sebelas tahun. Kami telah dididik dengan baik oleh kedua ibu bapa kami. Sekiranya kami melakukan kesilapan,ayah saya akan menasihati kami dengan cara yang baik dan tidak pernah menghukum kami. Saya dan adik-beradik saya boleh dikatakan sebagai adik-beradik yang disayangi antara satu sama lain walaupun kerap bergaduh. 

Selain itu,saya merupakan seorang yang berkeyakinan tinggi. Saya yakin bahawa saya akan dapat melakukan yang terbaik dalam apa jua tugas yang dilakukan sekiranya dilaksanakan dengan cara yang betul dan disertai dengan usaha yang gigih. Selain itu,doa turut menjadi faktor kejayaan seseorang. Justeru, setiap usaha  yang diambil perlu dihayati dengan doa dan iltizam yang tinggi.Saya suka melakukan tugas-tugas saya secara sistematik. Saya menguruskan masa dengan bijak kerana saya sentiasa mengetahui apa yang perlu saya lakukan pada masa-masa tertentu. Justeru,saya dapat mengelakkan pembaziran masa. Tambahan pula,pengurusan masa yang baik amat penting kepada saya yang memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Pada masa lapang, saya gemar menari. Menari adalah hidup saya, jika saya tidak menari bagaikan hidup saya hilang. Saya menyukai  tarian mulai dari saya kecil. Selain itu, saya gemar membaca buku. Antara bahan bacaan yang menjadi pilihan saya ialah novel,majalah,dan buku-buku fiksyen. Saya gemar membaca kerana saya mendapat kepuasan apabila membaca. Tambahan pula, saya suka mendengar lagu atau muzik. Jenis lagu atau muzik yang saya suka adalah yang bergenre sentimental slow. Saya sukakan lagu yang memberi saya inspirasi dan membawa makna sesuatu kepada saya. Lagu boleh mengubah seorang yang sedih menjadi gembira, seorang yang marah menjadi tenang. 

                    Saya bukanlah orang yang berfalsafah. Bagi saya, sebagai seorang manusia, kita haruslah mempunyai sifat menolong dan memaafkan. Jika kita mempunyai dua sifat ini,  hidup kita sebagai manusia yang berbudi pekerti akan berjalan lancar. Akhir sekali, impian saya ialah saya ingin menggembirakan ibu bapa saya dan memastikan mereka hidup gembira dan senang di masa tua mereka.