Saturday 31 October 2015

BIODATA SAYA



 Nama saya ialah Komalaa Tamil Silven. Saya berusia 21 tahun. Saya dilahirkan pada dua puluh dua November  tahun 1994 di sebuah hospital kerajaan yang terletak di bandar Kajang. Saya mempunyai empat orang adik beradik dan merupakan anak sulung dalam keluarga. Saya telah memulakan alam persekolahan saya di Sekolah Jenis Kebangaaan (Tamil) Ladang Rinching  dan telah mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan disusuli dengan keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain. Seterusnya, saya menyambung pelajaran Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang pada tahun 2012 hingga 2013.

Kini saya ditawarkan ke Universiti Utara Malaysia. Saya ditawarkan ijazah dalam bidang komunikasi selama empat tahun. Apa yang saya cita-citakan telah dimakbulkan. Saya juga bercita-cita untuk menjadi seorang wartawan yang lebih professional dan bertauliah . Saya berminat menjadi wartawan kerana ia menawarkan peluang pekerjaan yang luas, boleh mencari pengalaman dan memberi pendapatan yang tinggi. Saya akan berusaha belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dan akan menyambung ke peringkat doktor falsafah. Saya juga berhasrat untuk bekerja di bawah ASTRO, kerana ramai kenalan mengatakan bekerja dibawah ASTRO sangat terjamin dengan pendapatan yang tinggi serta diberikan kemudahan yang baik bagi menjaga kebajikan pekerjanya. Saya juga akan sentiasa mencari peluang untuk untuk bekerja di luar Negara seperti Amerika, Australia dan sebagainya supaya dapat mempelajari dan menambah ilmu berkaitan kewartawanan . Dalam tempoh saya bekerja , saya akan sedaya upaya mencari pengalaman.

Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana hidup saya lengkap dengan kehadiran insan yang bergelar ayah,ibu,abang, dan adik-adik yang membentuk keluarga saya. Ayah dan ibu merupakan merupakan individu yang paling saya sayangi dan hormati dalam hidup saya. Walaupun kadang kala saya gagal menurut perintah mereka dan melakukan kesilapan,mereka tetap menyayangi saya dan menasihati saya serta sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk saya. Saya juga mempunyai tiga adik lelaki dan seorang adik perempuan. Adik-adik saya masing-masing berusia dua puluh tahun, tujuh belas tahun dan lima belas tahun serta adik perempuan berusia sebelas tahun. Kami telah dididik dengan baik oleh kedua ibu bapa kami. Sekiranya kami melakukan kesilapan,ayah saya akan menasihati kami dengan cara yang baik dan tidak pernah menghukum kami. Saya dan adik-beradik saya boleh dikatakan sebagai adik-beradik yang disayangi antara satu sama lain walaupun kerap bergaduh. 

Selain itu,saya merupakan seorang yang berkeyakinan tinggi. Saya yakin bahawa saya akan dapat melakukan yang terbaik dalam apa jua tugas yang dilakukan sekiranya dilaksanakan dengan cara yang betul dan disertai dengan usaha yang gigih. Selain itu,doa turut menjadi faktor kejayaan seseorang. Justeru, setiap usaha  yang diambil perlu dihayati dengan doa dan iltizam yang tinggi.Saya suka melakukan tugas-tugas saya secara sistematik. Saya menguruskan masa dengan bijak kerana saya sentiasa mengetahui apa yang perlu saya lakukan pada masa-masa tertentu. Justeru,saya dapat mengelakkan pembaziran masa. Tambahan pula,pengurusan masa yang baik amat penting kepada saya yang memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Pada masa lapang, saya gemar menari. Menari adalah hidup saya, jika saya tidak menari bagaikan hidup saya hilang. Saya menyukai  tarian mulai dari saya kecil. Selain itu, saya gemar membaca buku. Antara bahan bacaan yang menjadi pilihan saya ialah novel,majalah,dan buku-buku fiksyen. Saya gemar membaca kerana saya mendapat kepuasan apabila membaca. Tambahan pula, saya suka mendengar lagu atau muzik. Jenis lagu atau muzik yang saya suka adalah yang bergenre sentimental slow. Saya sukakan lagu yang memberi saya inspirasi dan membawa makna sesuatu kepada saya. Lagu boleh mengubah seorang yang sedih menjadi gembira, seorang yang marah menjadi tenang. 

                    Saya bukanlah orang yang berfalsafah. Bagi saya, sebagai seorang manusia, kita haruslah mempunyai sifat menolong dan memaafkan. Jika kita mempunyai dua sifat ini,  hidup kita sebagai manusia yang berbudi pekerti akan berjalan lancar. Akhir sekali, impian saya ialah saya ingin menggembirakan ibu bapa saya dan memastikan mereka hidup gembira dan senang di masa tua mereka.

No comments:

Post a Comment