Saturday 31 October 2015

Pengalaman Belajar di Universiti



Setiap orang pasti mempunyai keinginan untuk mengenggam segulung ijazah di universiti. Mereka ingin merasai pengalaman belajar di universiti.Universiti merupakan tempat di mana seseorang itu mengecapi kejayaan sama ada dalam bidang akademik mahupun sukan. Inilah yang berlaku kepada diri saya di mana saya menerima surat tawaran rasmi untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi di Universiti Utara Malaysia.

          1 september 2014  merupakan hari pertama saya berada di kampus Universiti Utara Malaysia.Perasaan gementar mula menguasai diri saya kerana ramai orang termasuk ibu bapa dan penuntut-penuntut baru berkumpul di laman universiti.Selepas mendaftar,saya terus ke bilik saya bersama ibu bapa saya untuk mengemas bilik dan menyusun barang. Pada hari tersebutlah saya dapat berkenalan dengan rakan sebilik saya.Tuah nampaknya memihak diri saya apabila rakan sebilik saya juga mengambil jurusan yang sama seperti saya. 

            Selepas itu,semua penuntut baru termasuk saya diberi taklimat dan peraturan yang perlu diikuti oleh pengetua dpp.Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah semasa hari kuliah. Semua penuntut haruslah memakai pakaian formal.Tujuan peraturan ini ditetapkan ialah untuk melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berfikiran positif. Selepas diberi taklimat,penuntut baru dibawa mengelilingi kampus universiti.Satu perkara yang membuat saya mengagum tentang universiti ini ialah  kehijau-hijauan tumbuhannya. Selain itu, banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti. 

               Akhirnya,tibalah masa untuk berpisah dengan keluarga saya.Saya berasa sangat sedih dan bermula menangsi semasa ibu bapa saya meninggalkan saya seorang di bilik.Tetapi,ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk belajar dan berjanji kepada mereka bahawa saya pasti akan mengenggam segulung ijazah. Selepas itu, minggu suai kenal menjalankan selama seminggu pada  1 september hingga 6 september 2013 untuk semua pelajar-pelajar baru semester pertama sesi 2013/2014. Program orientasi yang dikendalikan oleh UUM  lebih kepada pengetahuan , dan pengurusan yang utama. Pelbagai ceramah dan taklimat oleh yang dipertua naib canselor UUM dan pensyarah-pensyarah kakitangan universiti mengambil posisi yang sama untuk menyempurnakan minggu suaikenal ini. Ditambah dengan kehadiran menteri belia dan sukan Malaysia bagi program kepimpinan pelajar. Aku lebih berada di luar dan lebih untuk berhadapan dengan cabaran luar. Banyak input-input yang berguna dan berfaedah dapat dikongsi dan dipraktikan setelah selesai semua sesi pengenalan keseluruhan berkaitan Universiti Utara Malaysia.

Selepas minggu suai kenal, saya dapat berkenalan dengan  kawan –kawan yang tinggal bersama di dewan penginapan saya. Hubungan kami yang terbina terlalu mudah  terjalin di sini kerana kami dari pelbagai bangsa dan agama ditambah kebanyakan kami sebaya. Acapkali bertemu sahabat baru, kami berkongsi pengalaman dan sentiasa bercerita mengenai susah senang keadaan baru disini. Kelihatan wajah ceria yang selalu terpancar. Perasaan berkobar-kobar untuk terus menuntut ilmu mengundang keazaman yang kuat dan  bakal terbina walaupun dalam keadaan yang letih.

Minggu pertama masih dibelenggu kuliah-kuliah yang tergendala kerana kami sibuk  menambah gugur subjek untuk semester satu ini. Dalam masa yang terluang itu, saya dengan rakan yang lain mengambil kesempatan untuk menghadiri beberapa bengkel diadakan seperti opec di perpustakaan. Bengkel ini adalah pengenalan berkenaan dengan penggunaan dan alatan yang disediakan. Cara-cara meminjam buku, memulang, mencari melalui media opec. Pengurusan di sini tidaklah sukar dan rumit. Petanda-petanda serta pertanyaan boleh diperoleh dengan mudah. Kebanyakan maklumat kami sedaya untuk menemui sendiri dengan pelbagai cara. Bertemu pensyarah dan mencari dewan kuliah adalah perkara rutin pada minggu pertama. Keadaan dan suasana yang agak luas terbentang dengan panorama bumi hijau dan tumbuhan sekeliling menyamankan persekitaran. Pohon-pohon, dedauan,kehijauan yang dikelilingi hutan menambah sunyi panorama alam.   

Setelah hampir tiga minggu disini tugasan dan aktiviti kian melanda setiap pelajar. Kesibukan dalam tugasan kumpulan dan tugasan individu sedikit demi sedikit dapat dilunaskan mengikut kadar yang sistematik walaupun awalnya banyak tangguhan dan kekeliruan. Segala masalah dan kebuntuan dapat diatasi bersama-sama dengan adanya perpustakaan, internet sedia ada serta perbincangan secara berkelompok. Sedikit sebanyak tugasan tidaklah jadi begitu beban dan terusan tertangguh.

Seterusnya, dua semester sudah dilalui. Banyak pengalaman dapat dicari melalui hubungan persahabatan, program-program yang telah dilibat dan posisi yang pegang dalam beberapa program seperti aktiviti, publisiti, setiausaha, bendahari dan sebagainya walaupun  pelbagai cabaran yang dihadapi. Kadang kala, saya hampir putus asa dalam akademik, program-program dan sebagainya tetapi  kasih sayang ibu bapa dan keakraban persahabatan saya masih menemani untuk melalui perjalanan universiti ini. Pada semester kedua saya dapat mengambil keputusan yang baik. Ini menyebabkan saya ingin meneruskan kejayaan seperti ini dalam akademik saya sehingga mengambil segulung ijazah. Inilah impian ibu bapa saya dan saya perlu mengambil langkah untuk dicapai.

Akhirnya, dalam kesamaran yang mengundang tiap detik hari-hari yang terus berlalu, keseronokan kian terasa bersama teman-teman tercinta tatkala sibuk mengurus hal pelajaran dan tugasan masing-masing. Hubungan dan  keakraban kami yang kerap dalam kesibukan tidak membataskan kami untuk terus kekal berdamping dan sentiasa bersama dalam susah dan senang. Aku bangga mempunyai rakan-rakan baru seperti mereka.

No comments:

Post a Comment